Saturday, October 15, 2005

belia yg beriman..

Telah bersabda Rasulullah SAW yang mulia
"orang tua yang beriman itu dicintai oleh Allah... tetapi orang muda (belia) yang beriman itu... lebih dicintai oleh Allah".

mengapakah sedemikian?
orang-orang dewasa yang beriman itu adalah sudah semestinya kerana umur yang sudah lanjut dan keimanan dan kesedaran yang seharusnya meningkat bersama insyaAllah. Tetapi bagi orang-orang muda, dimana masih kuat tenaga badannya, masih panas perjalanan darahnya, masih bersemangat jiwanya untuk melakukan ini dan itu... tetapi memilih untuk menyalurkan selurah tenaga dan semangat itu ke jalan Allah S.W.T.... tidakkah itu perkara yang mulia? Sedang begitu banyak lagi yang mampu dilakukannya di dalam usia yang masih membara itu. Sedang begitu banyak rintangan dan halangan yang selalu menegahnya melakukan amal ibadah... Tetapi dia tetap bertekad untuk mencari keredhaan Tuhannya...

Dalam hadith yang lain telah bersabda Rasulullah S.A.W. lagi...
"antara tujuh golongan yg akan diberi perlindungan oleh Allah, ialah orang muda yang teguh beribadah kepada Tuhannya (Allah)".

Dua jenis ibadah yang boleh dilakukan oleh para belia:

pertama: ibadah dimana dia berbakti kepada masyarakat. menolong orang-orang yang memerlukan. melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah dengan masyarakat. melibatkan diri dengan kerja-kerja amal. ni kire mcm zip!project... miq... ryc... semua ni menjadi ibadah insyaAllah jika dilakukan untuk Allah...

kedua: ibadah dimana dia beramal dengan bersholat, berzikir, mengaji, mencari ilmu-ilmu Allah. lebih banyak bersendiri di rumah, di atas sejadah, di masjid... atau berjemaah bersama ahli-ahli ibadah yg lainnya. InsyaAllah menjadi ibadah yang suci jika dia tekun dan berbuat segalanya untuk Allah.

k, sekarang pilihlah, yang mana satu dirimu? dua-dua pun boleh.... hablun minaALLAH, hablun minannas insyaAllah. :)

kalau aku dua-dua dah try ah... tapi yg choice number 1... aku rasa... aku tk berapa mahir sgt lah...

3 Comments:

At 11:16 PM , Blogger - said...

Suddenly aku terpikir... Gerek eh Islam. ALLAH tu Maha Pemurah eh... Macam you can benefit in two diff. ways - it caters to the different interests of people. Ada orang, lebih suka homely and solo.. me & my Lord only. Ada orang, just tak boleh duduk diam. Mesti nak kena do something. There's like so many ways and both ways ALLAH terima asalkan niat kerana ALLAH. Maka tak begitu sedihlah si penggiat masjid/sbg kalau terkurang masa di rumah berbanding si org ibadah. Dan tak begitu sedihlah mereka yang terpaksa ada di rumah, kerana mungkin ibu bapa sering tak benarkan untuk bergiat dgn aktif di luar sana.

As the saying of one Sufi, the ways to ALLAH are as many as the breaths of Man. :)

Tapi yang testing tu is "kerana ALLAH" lah. Tu yang kadang² tak senang..

 
At 10:49 AM , Blogger Ruqa said...

"kerana ALLAH" lah. Tu yang kadang2 tak senang.. -> :) paham benar...

 
At 12:48 AM , Blogger nashaislem said...

nak nanges seh bace.
Allah PREFERS us.
yet we choose to deviate sometimes :(

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home