Tuesday, July 05, 2005

on personal excellence

Seorang tua sedang cuba menaiki sebuah bas apabila kenderaan itu tiba-tiba bergerak lalu. Oleh kerana dia terpaksa menaiki bas itu dengan segera, sebelah sepatunya tertanggal dengan tidak sengaja. Sebelum sempat dia mengambil sepatu tersebut, bas itu pun berlalu. Dengan tenang, orang tua itu menanggalkan sepatunya yang sebelah lagi, lalu di lontarkannya keluar melalui tingkap bas.
Seorang penumpang lelaki muda yang berada di dalam bas itu telah lama memerhatikan kelakuan orang tua tersebut. Apabila dia tidak dapat lagi menahan perasaan hairannya itu, dia mendekati orang tua itu sambil bertanya, "Pakcik, sejak tadi saya kehairanan. Apabila sepatu pakcik tertanggal sebelah, mengapa pakcik melontar sepatu pakcik yang sebelah lagi tu?"
"Sepatu yang sebelah sahaja pasti tidak berguna bagi sesiapa. Dengan sepatu yang sebelah lagi, sekurang-kurangnya orang yang menjumpai sepatu pakcik itu boleh menggunakannya", orang tua itu menerangkan sambil tersenyum.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home