Sunday, December 11, 2005

Kata-kata itu MURAH

Keluarnya butiran kata dari mulut setiap manusia yang normal (tanpa kecacatan) itu sangat mudah. Bagai air sungai yang mengalir begitulah juga derasnya kata-kata dan janji terpancul keluar dari mulut. Kadang-kadang tanpa disedari, kita mengatakan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu apa benar itu yang kita inginkan dan maksudkan. Janji-janji manis, memang sangat enak diutarakan, kerana manis, sering diulang-ulang untuk menyedapkan telinga orang yang mendengar. Kata-kata janji tanpa azam adalah satu pembohongan. Pembohongan yang jelas pada khalayak dan juga berbohong pada diri yang sebenarnya tiada azam dan kemampuan melaksanakannya.Saat banyak berjanji, banyak pula amanat yang perlu dipenuhi. Bebanan yang dipikul bertambah berkali-kali. Bagi yang jujur dan ikhlas mereka akan cepat menginsafi, bagi yang tak tiada kesedaran diri, hanya akan meninggalkan bebanan di tepi tanpa diambil peduli. Bagi mereka, apa yang penting, saat berjanji perlu dipersembahkan dengan aksi penuh semangat dan berani. Kerana hanya ingin menyelamatkan diri saat diasak bertubi-tubi. Manusia yang mengasak pula, cukup puas hati apabila janji diberi. Malu dan segan untuk mendesak dan bertanya di lain hari.Sebaiknya kita mengambil sikap kurang berjanji. Katakan apa sahaja yang benar-benar termampu. Kalau tidak mampu katakan tidak mampu. Usah malu untuk menyatakan ketidakmampuan diri dan memohon maaf atas kekurangan. Biarlah jujur dan ikhlas walaupun akibatnya yang lazim mungkin memakan diri. Tapi yakin dan percayalah, kejujuran dan keikhlasan itu adalah kecintaan fitrah manusia. Cinta manusia pada yang ikhlas dan jujur akan hadir tanpa dipaksa kerana ia pasti dipandu oleh Allah YangMahaEsa,Kata-kata itu MURAH., sangat mudah dilontarkan,dan yang MAHAL itu tindakan, hanya yang sanggup 'berbelanja' mampu menggerakkan cita.

taken from: Transformasi Citra

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home