Thursday, March 16, 2006

Siti Khadijah RA

Sayyidatina Khadijah AS adalah wanita yang paling dikasihi dan dikenang oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Mengapa tidak, Sayyidatina Khadijahlah wanita yang selalu memberi keyakinan, dorongan dan ransangan semangat agar Rasulullah SAW meneruskan fakwahnya. Hinggakan di saat-saat kewafatannya Sayyidatina Khadijah sempat berkata:

"Wahai Rasulullah SAW suamiku yang tercinta. Sesungguhnya saya merasakan saat-saat kematianku hampir tiba. Saya merasa sedih kerana tidak dapat bersama-samamu lagi untuk meneruskan missi dakwahmu yang benar itu. Walau bagaimanapun sekiranya aku mati nanti gunakanlah segala harta benda peninggalanku untuk jalan dakwah dan kebajikan. Dan sekiranya sampai satu ketika engkau mahu melintasi gaung yang jambatannya telah sengaja dirobohkan oleh orang kafir maka engkau koreklah semula kuburku dan keluarkanlah tulang belulangku yang masih ada dan engkau cantumkanlah ianya sehingga menjadi satu rentangan jambatan untuk kau rentasi gaung tersebut wahai suamiku Rasulullah SAW. Itulah sahaja sumbanganku yang terakhir untukmu wahai Rasulullah SAW suamiku tercinta".

Justeru itu siapakah yang tidak mengenangkan isteri yang setia dan berdiri teguh serta bersedia berkorban bila-bila masa seperti Sayyidatina Khadijah ini. Inilah yang membuatkan hati Rasulullah SAW begitu sayu dengan pengorbanan Khadijah. Kata-kata tersebut begitu menusuk kalbu Rasulullah SAW.

----------------------------------------------

subhanaAllah.

2 Comments:

At 9:31 AM , Blogger saiful of blu skies said...

as salaamu alaiki..

panjangnya..
rajinnya type..

hehe..
sh....

hope u're feelin so much better..

 
At 11:28 AM , Blogger Ruqa said...

wsalam warahmatullah...

syukran..

Alhamdulillah kulli ahwal fii yadiLLAH..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home