BENGKEL TITIAN HARAPAN
Titian Harapan kembali!Kami ingin mengundang anda & pasangan anda
ke Bengkel Titian Harapan pada...
1) Sabtu, 30 Jun 2007
2 - 6 petang
@ Pusat AN-NISAA
PPIS (Persatuan Pemudi Islam Singapura)
Blk 1, Eunos Crescent (belakang stesen MRT Eunos)
Penceramah: Ustaz Mohd Khair Rahmat
(2) Sabtu, 25 Ogos 2007
10 pagi - 2 petang
@ Masjid Sultan
Penceramah: Ustaz Mohd Khair Rahmat
(3) Titian Harapan 'Emas' - untuk golongan 35 tahun ke-atas
Sabtu, 7 Julai 2007
10 pagi - 2 petang
@ Pusat AN-NISAA PPIS
Penceramah: Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Setiap bengkel terbuka kepada 15 pasangan sahaja
Nota, Jamuan ringan, dan saguhati disediakan
Penjagaan anak-anak juga diadakan
Acara
Ceramah diselang-seli dengan kegiatan-kegiatan secara berpasangan.
Topik-topik yang akan dibincangkan ialah matlamat berumahtangga, kepentingan dan nilai rumahtangga yang kekal berpanjangan dan tip-tip untuk menambahkan seri dalam hidup berumahtangga.
Topik komunikasi dan penyelesaian masalah secara berkesan juga akan disentuh.
Titian Harapan Fasa 2
Khas untuk para peserta Titian Harapan (Fasa 1) sahaja.
Membentangkan isu-isu yang biasa dihadapi dalam setiap rumahtangga:
1. Konflik dalam Rumahtangga - Membina atau Membinasa?
2. Anakku Cahaya Mataku - Mengasuh anak-anak sebelum mereka meningkat usia remaja
3. Ibubapa+ve (positif) - Mengawal anak-anak remaja
4. Kewangan Keluarga - Bajet secara berkesan
Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, sila lawati www.titianharapan.blogspot.com,
telefon Rohaya dari Pusat Khidmat Keluarga PPIS-Jurong ditalian 6561 3462
atau e-mel kepada rohaya@ppisjurongfsc.com

1 Comments:
Uhuk2... (nape eh terbatuk...) Eiisshh...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home