Friday, July 15, 2005

lain kali...

lain kali...
jika anakmu pulang dari sekolah... dalam keadaan yg penat lelah... belum sholat maghrib... kelam kabut ingin sholat maghrib... belum makan... belum mandi....
bukakanlah pintu dengan redha...
dia tak mintak banyak sangat...
suruh bukak pintu je...
kerana dia sedang penat...
dan kerana dia silap terlupa nak bawak kunci...
mengapa harus menjawab kepulangannya dengan tengkingan dan herdikan...
mengapa harus dimarahi dia atas kepenatan dan kesilapannya...
mengapa harus kelirukan dia yang sudah tidak mampu berfikir dengan tenangnya..
mengapa harus menyebabkan dia merasa marah lalu meninggikan suara kepadamu...
wahai orang tuaku,
maafkan aku atas kemarahanku
tetapi andai kau bijak menangani semuanya dari awal mula kepulanganku
segala ini tak akan terjadi
ya Allah andai aku menjadi orang tua kepada anakku...
jadikan aku orang tua yang sabar dan bijak dalam mendidik dia...
dengan pertolonganMu.
kekurangan pada orang tuaku, semoga aku dapat lebih bersabar dengan mereka...
lain kali...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home