Tuesday, August 02, 2005

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedangku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarumdaripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklahRasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seoranglelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masihmenyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supayaaku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik kemari."Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke marisemula?"Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

~"Cintalah kekasihNya Muhammad s.a.w, kerana cinta Muhammad s.a.w kepada kami begitu besar, ternyata benar dan terbukti di dunia apalagi di akhirat. Selawat dan salam sentiasa atas Muhammad s.a.w."~

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home