Monday, May 29, 2006

wahai ibu
aku mencintaimu
setelah Allah dan Rasulku

wahai ayah
aku juga mencintaimu
setelah Allah, Rasul dan ibuku

wahai ibu
terima kasih kerana mendidikku
menjaga dan menyayangiku

wahai ayah
aku sanjungi pengorbananmu
bekerja keras untuk membesarkanku

wahai ibu
aku akan sentiasa ingat pesanmu
untuk menjadi khalifah Allah
di bumi ini
dengan sedaya upayaku

wahai ayah
aku selalu terhibur bersamamu
walaupun kemarahanmu
kadangkala menggerunkanku

oh Tuhan
aku bersyukur kepada Mu
kerana dikurniakan
ibu dan ayah
yang amat menyanyangiku

ibu... engkaulah ratu hatiku
ayah... engkaulah pelita hidupku

muhsinah binti mohd sah
darjah 2
madrasah wak tanjong al islamiah
(berita harian 29 mei 2006)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home