Saturday, February 24, 2007

Tasawwuf- Jalan Menuju Kesempurnaan Insan

Ruqayyah Binti Ramli's notes on 23rd Feb 2007.
8 Safar 1428H
Masjid Abdul Aleem Siddique
Pensyarah: Habib Umar Bin Hafiz
---------
BismiLLAH

-tasawuf merupakan perkataan yang bersangkutan dengan:
1. sifat
2. akhlaq
yakni: baik keduanya.

-orang yang dinisbat dengan tasawuf adalah:
1. orang2 yang berilmu dgn bermacam-macam ilmu eg: ilmu syariah, kalam, lugha etc.
2. serta MENGAMALKAN ilmu-ilmu itu sehingga Allah mengurniakan kpd mereka
'ilmu ladunni yakni: ilmu dari Allah SWT.
3. mereka juga sangat memperhatikan dan membersihkan hati & akhlaq mereka. bersih hati dari sifat-sifat batin spt ujub, hasad, kibr (kesombongan) etc. bersih akhlaq dari perlakuan yang dicela spt marah, memburuk-buruk saudara, menipu etc.
4. mereka sangat berhati-hati dalam agama sehingga sempurna agama mereka.
5. menekuni terus ibadah serta terus-menerus memperbetulkan/menyempurnakan ibadah. tidak pernah merasa ibadah mereka sudah mencukupi atau sempurna. malah terus mengharap ibadah mereka diterima serta terus berjuang untuk memperbaiki.
5. sehingga mencapat taraf ihsan yakni: yakin bahawa ALLAH melihat mereka dalam ibadah mereka (semua ibadah mereka ikhlas kerana Allah).

--------
setiap zaman yang berlalu, pasti ada golongan tasauf yang menjaga ibadah mereka disisi Allah. dari itu tak mustahil bagi kita untuk mencapai insyaAllah.
--------
bagaimanakah untuk mencapai maqam itu?

1. berjuang ke jalan Allah.
"wa jahaduu fii sabiliLLAH".
berjuanglah di jalan Allah.

berjuang yakni: [mengekang hawa nafsu]

"Orang yang berjuang akan diberi hidayah" (Al-Ankabuut)
"Man La Yujahid fil Bidayah. Lam yusyahid fii nihayah" (kata-kata seorang 'alim)
maksud: siapa yang tidak berjuang di permulaannya, takkan dapat menyaksikan di akhirnya. menyaksikan yakni: menyaksikan kemanisan iman dan amal serta taqwa keapada Allah.

orang yang berjuang akan mencapai tingkatan demi tingkatan. Ada 9 tingkatan semuanya (namun saya hanya dapat mencatit 7) tingkatan pertama dalam perjuangan adalah

1. Taubat - Perkara yang amat disukai Allah
"Inna Allaha yuhibbut tawwabeen wa mutathohirin"
sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang bertaubat dan bersuci.

tingkatan seterusnya (saya tidak pasti akan urutannya)
2. sabar
3. syukr
4. zuhud
5. tawakkal
6. cinta
7. redha

-----------
Pendapat ulama-ulama ttg ilmu tasauf

Imam Syafii RA: mengakui bahawa beliau mendapat ilmu yang byk dari para ahli tasauf. Beliau juga seorang ahli tasauf. Imam Syaii RA terkenal dengan kebijaksanaanya serta masyhur dengan kitab fiqih yang banyak.

Imam Junaid Bin Muhammad: mengatakan bahawa tasauf adalah akhlaq yang baik. Imam Junaid adalah seorang peniaga yang maju dan juga seorang ahli tasauf. diantara amalnya ialah ketika sudah tiba masa untuk sholat, beliau akan menutup kedainya yang amat laku dan bersholat/bermunajat kepada Allah sehingga 300 rakaat sebgai tanda syukur, taat, zuhud dan sbgnya. SubhanaAllah.

Para ahli tasauf adalah mereka yang:

1.menyempurnakan ibadah mereka
2. mengikuti Rasul SAW sebenar-benarnya
3. sehingga mencapai hakikat Islam LUAR & DALAM. (ainul yaqin wa haqqul yakin)

---------
tareqah
adalah merupakan jalan menuju tasauf yang membawa seorang hamba lebih dekat kepada Allah.
sanad-sanad tariqah yang kini ada (dan terbukti kesahihannya) adalah dari 2 imam yang kembali ke Rasul SAW:

1. Imam Hasan Al Basri RA
2. Imam Sayyidina Ali Zainal Abidin Al-Husain

keduanya bersumber dari Rasul SAW melalui keturunan S. Ali RA.
---------
Tasauf boleh dipraktikkan tanpa mengabaikan kewajiban duniawi yakni bukan hanya sekadar duduk diatas sejadah dan berwirid sahaja.

sepertimana dua ulama' yang disebut diatas Imam Syafii & Imam Junaid RAnhuma.

dua lagi ulama' yang selain dari 'ilmu tasauf menguasai ilmu2 lain:

1. Imam Ghazali RA
-ulama' fiqh yang amat ternama namun berjuang:
1. dengan berhijrah dari Baghdad ke Syam selama 10 tahun untuk berkhalwat.
2. kitab ttg perjuangan spiritual (Al-Munghit Minad Dholal) ---> ibhast ya ruqayyah!

2. Imam Salahuddin Al Ayyubi RA
-seorang tentera, ketua dan juga ahli tasauf.
-mempelajari ilmu tasauf yg diinspirasikan oleh Imam Ghazali RA.
-membebaskan Baitul Maqdis dengan dilengkapi ilmu tasauf

diceritakan pernah kawan-kawannya duduk berkumpul bercerita ttg cerita-cerita lucu. semua tertawa kecuali imam Salahuddin RA. ditanyakan mengapa beliau tidak tertawa beliau menjawab "aku malu untuk tertawa disisi Allah, sedang Baitul Maqdis belum terbebaskan". disini tergambar gambaran hati imam Salahuddin RA yang sentiasa khusyu, fokus dan mengingat tempatnya di sisi Allah SWT.

-----------
Alhamdulillah. semoga ilmu yang dicatit dapat dimanfaatkan oleh semua.
kekurangan mohon dimaafkan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home